Antara kelebihan hasil karya Maulana Abul Hasan Ali An-Nadwi ini adalah bukunya berbaris penuh, sesuai dengan peringkat pelajar yang baru berjinak-jinak dengan bahasa Arab.
Jom baca?
Berkatalah benar sekalipun kebenaran itu pahit...
Assalamualaikum. Antara kelebihan hasil karya Maulana Abul Hasan Ali An-Nadwi ini adalah bukunya berbaris penuh, sesuai dengan peringkat pelajar yang baru berjinak-jinak dengan bahasa Arab. Jom baca? Sila klik gambar untuk memuat turun fail pdf buku Sila klik gambar untuk memuat turun fail pdf buku Sila klik gambar untuk memuat turun fail pdf buku
Assalamualaikum. Saya ingin berkongsi beberapa laman web kamus bahasa Arab yang sering saya rujuk. Malah telah terbukti keberkesanannya berbanding hasil terjemahan Google Translate atau Babylon atau Bing. Kamus Arab-Inggeris-Arab : 1) almaany Selain daripada menyediakan khidmat carian makna perkataan Arab-Inggeris-Arab, laman ini juga menyediakan khidmat tesaurus Arab-Arab dengan merujuk kepada beberapa kamus Arab-Arab seperti : معجم الأعشاب 2) baheth Manakala laman web ini pula menyediakan khidmat carian makna Arab-Arab sahaja dengan menggunakan kamus-kamus berikut:
3) wordreference
Antara kamus Arab-Inggeris-Arab yang bermanfaat untuk pelajar walau masih dalam proses pembangunan. 4) alqamus Laman web ini pula membantu kita mencari makna kalimat Arab-Melayu-Arab yang diusahakan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. 5) verbace Saya mengesyorkan para pembaca untuk memiliki software kamus Arab-Inggeris-Arab ini kerana sangat bermanfaat. Sebarang penambahan daripada para pembaca amat dialu-alukan. Assalamualaikum. Peminat kitab-kitab Arab pasti sudah biasa mendengar software al-Maktabah al-Syamilah kerana software ini sangat bagus, dipercayai, dan amat menjimatkan kos kerana pembaca tidak perlu lagi membeli kitab-kitab Arab yang boleh mencecah harga ribuan ringgit. Malah Prof. Dr. Muhammad Abul Laits al-Khair Abadi, pakar hadis UIAM sendiri mengesyorkan penggunaan software ini kepada para pelajar beliau. Hasil carian saya setakat ini, saya menjumpai beberapa software lain seperti al-Maktabah al-Syamilah juga. Berikut saya senaraikan nama dan link kepada beberapa software himpunan kitab Arab yang baru saya temui di alam maya. Kesemua software ini ada bersama saya, jika ada yang berminat boleh copy daripada saya secara percuma.
Moga ada manfaatnya. Amin. P/s; Saya masih dalam proses mencuba dan membandingkan setiap software dengan al-Maktabah al-Shamilah. |
Badrul Aini Sha'ari
Eksekutif Terjemahan Bahasa Arab ITBM Archives
June 2016
Categories
All
|